body { cursor:url("http://cur.cursors-4u.net/games/images10/gam987.gif"),default;}

my pict

my pict
Kehidupan...what ever going just :-)

Sunday, April 22, 2012

Bila Dah tak Suka

bila dah tak suka .........
yang putih tu lah yang menyakitkan mata
yang bercahaya hilang dah serinya
yang dekat nak jauhkan diri pulaknya
yang manis dah terasa payau rasanya
yang harum dah tengit katanya

Bila dah tak suka
Mulalah ada yang tak kena
itu salah ini tak betul katanya
ada ajer yang tak berkenan dimatanya
sesuka hati dia nak tegur kita

Bila dah tak suka
dah malas utk melayan karenah kita
lagi lama boleh jadi gila katanya
hati dah panas membara pula
tak cukup tanah nak lari katanya
ingin masa berlalu pantas hendaknya
cepatlah berpisah barulah aman dunianya

Bila dah tak suka
semuanya tak elok ajer
tak pernah nampak pun cacat sebelum ni
nampak ajer kelemahan yang ada
sengsara pula bila memikirkannya
kecewa bila dah tahu
mulalah sakit jiwa bila diingatnya
bahagia dulu hilang sekelip mata

Seringkali juga bila dah tak suka
pelbagai tindakan diambil untuk melepaskan diri
buang hadiah gambar dan segala yang dia punyai
tak mahu ada benda-benda yang boleh dingati
tentang kita yang dia dah tak suka kini....

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

No comments:

Post a Comment