Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku,
maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan
antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang
Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang
sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan
peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang
Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada
langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa
bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah
kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH
ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang
engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha
Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia
dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan
ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah
ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan
dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU
redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
No comments:
Post a Comment